Pinjaman Peribadi Terbaik KL & Petaling Jaya!

  • DOKUMEN DIPERLUKAN
  • Slip Gaji bagi 3 Bulan terkini
  • Penyata bank bagi 3 Bulan terkini
  • Salinan kad pengenalan
  • Bil electrik & air yang Terkini

Mohon Sekarang

Soalan Lazim Tentang Pinjaman Peribadi

Memerlukan wang segera adalah salah sebuah situasi yang mana kebanyakan warga Malaysia menghadapinya hampir setiap hari. Apabila anda memerlukan sebuah kereta baru, ingin membeli telefon bimbit baru, atau sekadar memerlukan sejumlah wang segera, pinjaman peribadi daripada peminjam wang berlesen adalah penyelesaian yang anda perlukan.

Tetapi anda mungkin mempunyai beberapa persoalan mengenai pinjaman peribadi, seperti bagaimana proses untuk melakukan pinjaman, dan sama ada anda berkelayakan atau pun tidak. Soalan Lazim ini akan menjawab persoalan-persoalan yang paling menyesakkan kepala anda; tetapi jika anda masih mempunyai persoalan mahu pun pertanyaan selepas anda habis membacanya, sila jangan ragu-ragu untuk menghubungi kami hari ini.

Soalan Lazim Umum Tentang Pinjaman Peribadi di Malaysia

Tersenarai di bawah adalah soalan lazim mengenai pinjaman peribadi:

Apakah itu Pinjaman Peribadi?

Sebuah pinjaman peribadi (pinjaman loan peribadi) biasanya adalah sebuah pinjaman yang tidak bercagar yang boleh digunakan untuk membiayai keperluan kewangan peribadi anda. Terdapat beberapa jenis pinjaman peribadi yang berbeza boleh didapati di Malaysia pada kadar faedah yang berbeza mengikut kesesuaian keperluan anda.

Apakah perbezaan di antara pinjaman yang bercagar dan pinjaman yang tidak bercagar?

Pinjaman yang bercagar bermaksud pembekal pinjaman telah diberikan seumpama cagaran (sebuah jaminan) yang menyatakan pelaburan tersebut akan dipulangkan kepada mereka. Contoh-contoh cagaran termasuklah pemilikan peribadi, seperti

  • Asset hartanah
  • portfolio stok
  • asset emas, dan yang seumpama dengannya.

Cagaran mestilah bernilai melebihi jumlah pinjaman, dan jika anda gagal untuk membayar semula pinjaman, bank mempunyai kuasa untuk merampas cagaran tersebut. Walaubagaimanapun, pinjaman tidak bercagar, tidak memerlukan cagaran. Satu-satunya jaminan yang anda sediakan untuk bank adalah penjanjian pinjaman yang telah ditandatangani (sebuah kontrak perjanjian yang sah). Oleh sebab ini, pinjaman tidak bercagar biasanya mempunyai kadar faedah yang lebih tinggi berbanding dengan pinjaman yang bercagar.

Apakah jenis-jenis Pinjaman Peribadi yang boleh didapati?

Terdapat beberapa jenis pinjaman peribadi yang boleh didapati untuk warga Malaysia.

Ini termasuklah: ansuran peribadi, talian kredit dan juga pemindahan baki.

Apakah itu insurans pinjaman?

Insurans pinjaman adalah sebuah polisi yang membayar semula kesemua atau sebahagian besar dari jumlah pinjaman, di dalam kes apabila anda tidak lagi mampu untuk meneruskan bayaran semula. Yuran biasa yang dikenakan untuk insurans pinjaman adalah sekitar 1% dari jumlah pinjaman. Kebanyakan bank akan merangkumkan sekali insurans pinjaman di dalam yuran secara automatik, atau ia juga boleh menjadi sekadar pilihan.

Apakah itu ansuran peribadi?

Sebuah pinjaman ansuran peribadi adalah apabila anda serta peminjam wang berlesen Malaysia telah bersetuju terhadap sejumlah pinjaman yang akan dibayar semula pada tempoh bulanan yang telah ditetapkan secara beransur-ansur beserta dengan tempoh pembayaran semula yang telah diaturkan.

Apakah itu pemindahan baki?

Kaedah pemindahan baki adalah paling baik digunakan apabila anda mempunyai hutang yang berlebihan pada akaun yang boleh dipindahkan ke sebuah akaun tunggal untuk mendapatkan kadar faedah yang lebih rendah. Ia adalah sebuah bentuk penyatuan. Dengan cara ini, anda boleh jimat wang semasa membayar faedah.

Perlukah saya menggunakan talian kredit berbanding menggunakan kad kredit? Mengapa?

Sebuah talian kredit akan mempunyai kadar faedah yang lebih rendah (sekitar 18% setahun) berbanding dengan kad kredit, yang mungkin boleh mencecah sekitar 24% setahun. Cara ini lebih mampu untuk dibayar dengan kadar faedah yang lebih mampu diuruskan menggunakan talian kredit berbanding dengan menguruskan pembayaran kad kredit. Tambahan lagi, anda sudah dikecualikan daripada yuran lanjutan pada kad kredit, yang berjumlah sekitar 6% dari jumlah pengeluaran. Talian kredit tidak mengenakan caj apabila wang dikeluarkan daripadanya.

Berapakah jumlah yang saya boleh pinjam?

Sebagai seorang peminjam, anda biasanya boleh mendapatkan pinjaman wang peribadi daripada peminjam wang berlesen swasta iaitu boleh mencecah sehingga empat kali ganda dari jumlah gaji bulanan anda. Jumlah tersebut berbeza bergantung kepada sejarah penggunaan kredit anda dan juga bank serta polisi peminjam wang berlesen Malaysia.

Kebiasaannya terdapat juga jumlah minimum yang anda boleh pinjam, bergantung kepada jenis pinjaman peribadi mana yang anda ingin gunakan. Untuk jumlah kecil, talian kredit biasanya lebih menjadi kegemaran berbanding pinjaman ansuran peribadi.

Bagaimana sebuah pinjaman peribadi boleh digunakan?

Tidak seperti kebanyakan pinjaman-pinjaman lain yang agak khusus – kereta, sekolah, rumah, dan lain-lain, perkara terbaik tentang pinjaman peribadi (loan peribadi) adalah ia boleh digunakan untuk sebarang keperluan kewangan peribadi, seperti pembayaran hutang kad kredit, kecemasan perubatan, perkahwinan, atau perbelanjaan pelancongan.

Adakah akan wujud kadar faedah untuk pinjaman peribadi saya?

Ya. Kadar faedah adalah bergantung kepada keseluruhan jumlah dan tempoh pinjaman. Bank-bank juga boleh mengenakan pelbagai kadar faedah.

Mohon Pinjaman Peribadi Terbaik Dalam Talian dari Peminjam Wang Berlesen di Malaysia

Jika anda sedang mencari pinjaman peribadi segera dalam talian di KL atau di kawasan lain, cubalah peminjam wang berlesen utama di Malaysia iaitu easyloan88.com sekarang.

Tags: pinjaman peribadi, pinjaman peribadi swasta, pinjaman peribadi berlesen, pinjaman wang peribadi, loan peribadi, pinjaman loan peribadi